Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, January 1, 2011

Kenangan Terbaik Aku Pada Tahun 2010...

Assalamualaikum to my dearest blog,

Au Cak!! Wujud lagi aku rupanye ye? Of course la...rupanye broadband kak long aku tak dibawa pergi ke sabah sbb dia bagi dekat kakak aku yg study UIA nun... untung la jugak sekejap... mohoho~

Sempena kewujudan broadband yg masih bersisa selama sehari sebelum dibawa pergi, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua orang dan diri aku sendiri... Tahun ni aku takde azam baru yg banyak2...Azam aku cuma tiga je iaitu:
  • Capai azam-azam aku yg tak tercapai tahun lepas
  • Berjaya dalam SPM dan
  • Berjaya sebagai Muslim sejati
Nah! Sikit je azam aku... malas nak tanam banyak2 sbb aku takde masa nak jaga.. tak memasal naik lalang pulak diorang karang...haha~

Tahun 2010 memang banyak kenangan pahit manis yg jadi kat aku, family dan kawan2... antara yg tak boleh dilupakan dan segar di ingatan adalah:

  • Orang gila tunjuk ‘barang’ kat tepi sekolah 
  • Pergh! Memang trauma abis la ngan kejadian ni.. dah la masa tu exam.. subjek Al-Quran lagi.. cam nak gugur jantung saat ternampak dia tanggal seluar.. ‘ter’ oke? Bukan sengaja..nasib baik tak lupa terus ayat2 quran yg aku and the gang hafal tu... huhu~ nasib baik dia dah x datang lpas kena intai ngan PK Hem aku..

  • Kereta terbakar depan sekolah 
  • Fuhh! Tragedi ni memang haru la... boleh dua penyeludup minyak secara haram ni tinggalkan kereta diorang yg terbakar tu depan bus stop sekolah aku? Dah lah bus stop tu dekat ngan tmpat parking kereta cikgu2 aku.. mujur tak terbakar ngan kereta diorang sekali... api marak tak hengat time tu... main letup2 tayar lagi... esoknya, kes ni masuk Harian Metro.. glamer kejap.. bus stop tu? Dah mcm pondok buruk aku tengok... Sampai sekarang takde org nak tukar...

  • Anak saudara aku yg ketiga lahir 
  • Lepas dua tahun tunggu, akhirnya rezeki kak long aku nak timang anak kedua muncul gak... kali ni lelaki.. berebut-rebut kitorang nak kasi nama.. last2 kakak aku yg dapat... maka, termaktublah nama anak saudara aku sebagai Amir Faris...
  • Yang paling latest, aku dapat 9A lam exam SMU 
  • Meskipun nampak cam biasa2 jer, tapi bagi aku ni penting la sbb usaha keras aku belajar subjek2 agama tu selama 9bulan terbayar... tak sia2 aku hafal semua subjek tu... Congrats to all my friends...  
Tu je kot.. banyak lagi sebenarnya tapi tak larat nak taip... wokeyh la... see you again next time!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....