Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal My Dearest Blog~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Dalam pukul lebih kurang 1 tengahari tadi aku dah terima keputusan peperiksaan aku... tak la oke sangat sebab kurang satu A drpd sepuluh tapi boleh tahan jugak la memandangkan keputusan aku tu yg paling baik antara semua calon peperiksaan... mohoho~ 

At least kurang cket rasa frust menonggeng lam ati aku tapi kecewa jugak sebab hasrat ustazah nak tengok calon yg dapat straight A's tak tercapai memandangkan takde langsung calon yg dapat 10A... memang rekod tahun ni agak jatuh merudum la sebab rekod tahun lepas, 40++ org pelajar yg berjaya dapat 10A... tahun ni plak, gred tertinggi cuma 9A...tu pun dua orang je... *aku salah satunye*

Masa tulis entri ni, aku rasa berat ati pulak memandangkan ni adalah entri terakhir aku yg akan aku pos... Lepas ni aku dah tak boleh nak pos entri sesuka ati lagi dah sebab takde broadband kat umah aku ni... Al-maklum la esok kak long aku dah nak fly balik Sabah semula... Maknanya modem broadband ni pun akan terbang sekali la...kakaka~ 

Tapi kalau ada broadband kat umah sekalipun,, sah2 aku akan kena hempuk ngan abah aku kalau menghadap komputer lama-lama... ye la kan,, tahun depan aku dah nak SPM... kalau asyik melekat je depan komputer ni, tak memasal pulak abah aku humban komputer aku kat tempat pelupusan sampah.... haha~ mintak simpang malaikat 44...

Apa-apa pun, aku rasa gembira jugak sepanjang blogging ni sebab boleh explore, baca dan turut merasa pengalaman blogger2 lain... sharing is caring... tak gitu? Meskipun aku takde internet kat umah, aku akan cuba gak update blog ni dari semasa ke semasa utk berkongsi pengalaman dan nasihat serta segala mak datuk lah yg aku rasa nak kongsi...nganganga~

Oleh sebab ni adalah entri terakhir, aku dah takde idea pulak nak karang apa kasi panjang sikit isi entri ni... jadi aku berenti kat sini dulu la... kalau ada masa terluang time sekolah tu, pandai2 la aku nak update blog bughok ni yea...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
sob, sob....
: (

Wednesday, December 29, 2010

SAYA BLOGGER KELANTAN

Assalamualaikum to my dearest blog,

Sempena meraikan kerajinan aku menaip sebanyak 10 entri lam masa dua minggu pertama, aku nak buat entri lain pulak... Kali ni aku nak pos entri pasal Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri pulak... Sambil2 join ni, boleh gak kita berkenalan kan... Tambah kawan gitu... Mohoho~ antara butir2 penting yg diperlukan untuk menyertai pertandingan ni adalah seperti berikut:

NAMA:
>Nama saya (tukar personaliti kpd lebih sopan kejap..) terbahagi kepada beberapa jenis panggilan... kalau kat rumah, mama abah ngan adik beradik biasa panggil Kakak atau Nadzirah... Anak2 saudara pulak dikhaskan untuk panggil saya Nana.... masa kat sekolah, akan ada la suara2 kengkawan panggil saya cik Nad @ Nad yg Nerd... poyo tak kitorang? Mohoho~ nama glamer yg selalu diguna,, NazRah tigReSa...

STATUS:
>Sepanjang enam belas tahun hidup sampai la nak mencecah tujuh belas ni, status saya kekal sebagai seorang yg masih belum berpunya yakni single... Nak couple? Makan pelangkung abah saya dulu...huhu~

CARA HUBUNGI:
>Sesungguhnya nombor telefon adalah sangat2 private dan takleh disebar sesuka ati, jadi saya boleh dihubungi melalui medium:
Facebook – NaDzirah TiGresa, dan
SEGALA MACAM LAMAN SOSIAL DENGAN MENGGUNAKAN E-MEL DI ATAS...

DAERAH:
>Tumpat, Kelantan...

TEMPAT TINGGAL:
>Kampung Paloh Chica, 16040, Tumpat, Kelantan...
(meskipun nama kampung tu sedikit pelik, korang jangan ketawa taw...hahaha~ eh, aku lak yg ketawa...)

APA YG MENARIK DI TEMPAT TINGGAL SAYA:
> Sebuah kampung yg sangat2 selesa didiami sebab kurangnya pencemaran bunyi kecuali bunyi jiran sebelah rumah bergaduh dan sedikit sahaja pencemaran bau....
> Jiran-jiran kurang busybody dan kurang suka mengumpat....
> Ada kawasan padang yg luas kat sini dan kitorang boleh tenangkan fikiran sambil cuci2 mata tengok lembu makan...hoho~


Ni gambar kelas kitorang... oke tak? agak2 sendiri la yg mana 1 aku...


Aku yg tudung putih tu... kat sebelah tu kakak aku... yg baeekkk punya termenung tu anak saudara aku....

Orait la,
aku rasa tu je kot yg perlu utk join kontes ni.... tatitu... 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Contest gambar menarik 2010!!



 contest pertama aku sejak mula-mula blogging...


 
KENAPA AKU LETAK GAMBAR NI?

Ni adalah gambar anak saudara aku yg sulung dan bernama Amirah.. aku pilih gambar ni sebab gambar ni diambil pada tarikh 21-12-2010... tarikh dia yg cun tu la yg menyebabkan aku tergoda nak letak gambar ni... haha~ selain tu, saat gambar ni diambil, tu adalah kali pertama anak saudara aku yg sangat rapat ngan aku ni ber-posing ngan gaya tangan seakan-akan macho gitu.... tudung yg dia pakai tu jugak  adalah tudung yg dia pakai sendiri ngan hati yg sukarela...paling best tentang gambar ni,, ianya diambil di atas kereta abah aku semasa hujan renyai2 sebab dia berkeras nak ikut abah aku pegi kemas barang kat kedai keluarga kitorang dan menyebabkan aku terpaksa ikut sama.... nasib lah~

aku tag:

SMU, OH, SMU~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Sejuk,, sejuk... Semalam hujan renyai-renyai cam malas je nak berenti... Natijahnya,, aku tidur dalam posisi ayam belanda golek lam selimut... Mohoho~ kesejukannya terasa sampai ke tulang hitam,, putih,, kuning semua bagai tu lah... Apa-apa pun, musim tengkujuh atau disebut sebagai musim kengtujuh oleh orang yg jakun akan pergi jugak lam masa terdekat nih... Maknanya aku akan kembali melihat sinaran mentari tak lama lagi...huhu~ bestnya...

Hari ni aku nak cite sal exam SMU yg kelmarin tu... Exam ni memang istimewa... Pendek kata takkan jumpa main2 je kat sekolah korang melainkan sekolah korang tu adalah sekolah2 Maahad atau SMU(A)  yg terdapat di negeri Kelantan,, Kedah dan yg sama pesen dengannya... Exam ni melibatkan subjek wajib iaitu BM dan BI & subjek2 agama sahaja.. Subjek agama tu ada 12 dan semuanya wajib DIHAFAL!!! Haa~ sape2 yg boleh hafal semuanya memang hebat...*cam aku...huhu~*

Sekali tengok memang la banyak subjek tu tapi jumlah A yg ada cuma sepuluh je... Ciput kan? Aku menghafal macam nak pecah otak tapi dapat 10A je... Huh! Tapi okey la tu weh sbb ada subjek senang dan susah... Equation dia cam kat bawah ni,
(markah subjek yg susah + markah subjek yg senang) ÷ 2 = markah yg cukup2 utk A+... WOW!!

Subjek BM dan BI memang kita dah muak dengar, kan? Jadi aku nak explain sal subjek agama yg wujud lam exam SMU ni...

1) Al-Quran
- calon2 wajib hafal dua buah surah iaitu surah Yasin dan Al-Mulk... Kalau berjaya hafal surah ni, bukan setakat dapat A+ lam subjek ni, nak A+ lam subjek2 kat bawah ni pun Insya Allah dipermudahkan...

2) Insya’ (campur ngan Mutalaah)
- ni subjek karangan lam bahasa arab... Kalau nak markah expert, calon2 kena terer lam grammar arab dan kaya ngan vocabulary arab... Kalau setakat tahu ‘ana’ ‘anta’ tu, lupakan je la A+ tu... Dalil drpd Hadis and Quran jugak akan bantu korang dpt markah tinggi...

3) Mutalaah
-terus terang cakap,, aku tak tahu nak cakap apa sebab aku lemah gile lam subjek ni... Calon2 kena hafal lebih kurang 35-40 perkataan seerti bagi setiap 5 tajuk yg dipelajari dan semua perkataan adalah ARAB!!! Haa~ tu pasal la aku lemah subjek ni...

4) Hadis (campur ngan Tafsir)
- ni salah 1 subjek feveret aku sbb selain ustazah yg sporting,, hadis2 yg diajar juga senang...calon kena jawab perkataan seerti, penerangan hadis dan pengajaran drpd hadis... Memang kacanglah!

5) Tafsir
- subjek ni best gak sbb cuma tanya pasal maksud ayat2 Quran,, perkataan seerti dan  pengajaran... Surah Al-Mulk termasuk gak lam subjek ni jadi ia memudahkan korang hafal surah wajib lam subjek Al-Quran tadi...

6) Akhlak (campur ngan sirah)
- tajuk2 lam ni senang je, banyak hadis lak tu (boleh guna lam Insya’)... Ada tajuk adab ngan Allah, Nabi Muhammad s.a.w, Al-Quran, ibu bapa, adik beradik, suami isteri, and semualah.. Adab ngan orang bukan Islam pun ada! Tapi aku kureng sket ngan subjek ni sbb pengetua aku yg ajar...mohoho~

7) Sirah
- ni subjek kelolaan ustazah tergarang sekolah aku, Ustazah Rahimah.. Calon2 kena hafal banyak benda cam tarikh kelahiran sultan2, bila ditabalkan, bila mangkat serta banyak lagi aspek lain sal sultan tu... Sultan yg dimaksudkan bukan sultan2 lam negara Malaysia tapi nun di Tanah Arab sana... sape tak hafal memang cari maut ngan ustazah ni...

8) Tarikh Adab Nusus
- subjek ni banyak cite sal permulaan bahasa arab zaman Jahiliah dulu serta perkembangannya setelah zaman Islam...ada jugak tajuk syair serta khutbah yg perlu dihafal tapi ianya senang je...

9) Nahu Soraf
- haa~ bagi sesape yg nak markah expert lam Insya’, perlulah mantapkan pengetahuan lam sebjek ni dulu sejak F.1 lagi... Subjek ni mengajar kita tentang tatabahasa, pemahaman dan cara bina ayat lam bahasa Arab...

10) Feqah (campur ngan Tauhid)
- subjek ni lak mengajar ngan lebih lanjut sal amalan2 Muslim... Bagi orang2 yg JAHIL tentang hukum amalan riba dan sukakan rasuah, memang sesuai la belajar Feqah ni sbb ada tajuk yg explain sal keburukan riba siap bagi dalil and AZAB yg akan diterima lam neraka nanti...huhu~ dan bg orang2 yg nak berniaga mengikut syariat Islam, ada gak tajuk yg sesuai bagi korang...

11) Tauhid
-calon2 kena hafal maksud2 sifat wajib bagi Allah s.w.t dan dalil2 yg menguatkan maksud tu... Contohnya: sifat wajib Allah adalah WUJUD, jadi korang kena terangkan maksud wujud tu dan bagi dalil...senang, kan?

12) Balaghah
- calon2 kena hafal sastera Arab contohnya ayat biasa, sindiran, perumpamaan, dan sebagainya... Senang je sbb cuma bagi maksud then bagi contoh...masa trial ari tu aku dapat 100%... Hebat, hebat... Hoho~

Orait,, tu je la explanation aku tuk subjek2 agama lam exam aku, SMU... Info tambahan utk korang yg tak tahu,, sape2 ambik exam ni, TIME NAK NIKAH NI DIA DAH TAK KENA AMBIK KURSUS NIKAH LAGI DAH... Untung dowh... Selain itu, korang gak dapat mendalami ilmu agama ngan lebih lanjut lagi... Berminat? Meh sekolah kat Kelantan... Huhu~ sekian dulu buat masa nih...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

p/s: maybe korang tengok cam susah je nak hafal sebab dah la subjek banyak, semuanya bahasa Arab lak tu... tapi tanpa usaha, korang takkan berjaya... jadi, banyakkan USAHA wokeyh?

Tuesday, December 28, 2010

TIK TOK! TIK TOK! MASA YG DITAKUTI SEMAKIN HAMPIR~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Mengikut ramalan kaji bintang pak belalang aku ni, tinggal lebih kurang empat hari lagi sekolah nak bukak balik... Empat? biar betul!! orang lain ada lima ari lagi cuti...apasal kau empat? mohohoho~ korang tak salah baca sebenarnya... bagi korang yg sekolah area luar drpd kelantan, kedah, dan tempat yg sama waktu dengannya tu memang la ada lima ari lagi cuti... Tapi,, aku yg berbangga dengan negeri aku yg cuti ari jumaat dan sekolah ari ahad ni memang dah sah dan kompom akan start sekolah awal...

Pejam celik,,pejam celik,, dah nak bukak sekolah... Tetiba je rasa rugi lak cuti akhir tahun aku yg dah nak habis ni... mana taknya,, tak ada apa-apa yg bermanfaat pun yg aku buat... asyik-asyik melangut depan komputer je keje aku... kalau tak online di fesbuk,, main game sampai 2-3 pagi... sampai abah aku cakap yg aku ni calon RABUN dah... mohoho~ tak patut, tak patut.... apa-apa pun,,aku berbangga ngan pencapaian aku sepanjang aku main game tu sebab semua markah aku kalau tak expert,, mesti high score la... Best player gituu~

Walau bagaimana sekali pun,,  aku akan cuba ubah diri aku pada masa cuti akan datang untuk meluangkan waktu tersebut dengan aktiviti berfaedah seperti bungee jump ke,, sky diving ke,, skuba ke... apa-apa je la yang boleh mengisi masa lapang aku... (Meskipun aku pasti ianya akan diisi dengan pelbagai variasi kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi SPM)... Warrrrgggghhh~ tak sukenye kehidupan ber-peperiksaan... tapi best gak sebab kalau nak masuk periksa kena baca buku... kena lak aku ni memang hantu buku....kira ngam la tu...

Huaaa~ membuak-buak dah rasa rindu aku terhadap ustaz-ustazah,, cikgu-cikgi,, kawan sejiwa sehati,, meja kerusi kat sekolah nun... rasa cam nak peluk-peluk je bila jumpa nanti... mohoho~ rasa je la....buatnya belum tentu lagi.... lagipun aku tak sure lagi yg ustazah2 dan cikgu2 aku *perempuan sahaja* akan terima pelukan aku tu ngan ati yg gembira sekiranya aku tak dapat 10A lam exam SMU aku ari tu... Alahai~ jangan2 bukan setakat tak nak terima pelukan,, tengok muka pun tak mau... mohoho~ Nauzubillah mindzalik...

ALLAH~ malasnya nak menaip panjang2.. tu je la utk entri kali nih...tata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

p/s: SMU tu amende... tunggu entri aku yg seterusnya wokeyh?

Friday, December 24, 2010

CONGRATS TO ALL PMR CANDIDATES!!!

Assalamualaikum to my dearest blog,

Uish!! Serius cakap, bagus betul pencapaian pelajar Malaysia lam PMR tahun ni... ada peningkatan yg sangat mendadak naiknya... Teringat-ingat pulak akan kenanganku semasa menerima keputusan PMR tahun lepas yg  masih tersimpan kemas lam lipatan memoriku...chehhh,,chehhh~ ayat sastera gitu...

Dalam perjalanan nak jalan-jalan tengah hari tadi,, baru aku teringat ada bespren nan seorang ni bakal menerima result dia jugak... kuhantar mesej bertanyakan khabar dengan harapan menggunung dia akan baca dan balas,, sekali ada orang salah nombor balas mesej aku... Adusss!!! Hancur musnah niatku nak godek-godek rahsia berapakah A yg berjaya sang keSayanGan-ku dapat tuh? Tapi takpe,, one day nanti akan ku tahu jugak rahsianya! mohohohoho~

Biasanya selepas dapat keputusan PMR,, mesti ada pelajar yg buat keputusan nak ambik aliran sains dan pindah sekolah,kan? Waduh!! Ramai la bakal doktor yg akan menghiasi persada kepimpinan negara pada masa depan nanti...hahaha~ (aku pehal?? ayat skema tul la malam ni....) Spontan aku teringat balik ari aku dapat result tahun lepas,, sebaik je aku terima kertas nipis yg tertera ngan hensem sekali 9 bijik A ngan perkataan cemerlang menghiasi ruang kerja kursus tu,, berduyung-dugong,, eh,, berduyun-duyun kengkawan aku datang ucap tahniah kat aku... Perghh!! Kombang -kompis idung den time tuh.... Masa tu aku rasa dah tak sejuk dah perut mama aku mengandung,, tapi memang dah beku!! mohohohohho~

Pastu aku terdengar pengumuman drpd Cikgu Marzuki yg bermisai lintang lg menggerunkan tuh,,
" Pelajar yg ingin mendapatkan borang kemasukan ke sekolah yg menyediakan kelas Sains,, sila tunggu di sini utk taklimat ringkas"
Aku ngan kawan2 kamceng aku main angkat2 kening,,pastu terus blah... tak kuasa aku nak tunggu kat situ... Meskipun ada yg tanya aku,,tak nak  tunggu ke? mana taw kot2 dapat masuk... aku sengih2 je pastu tercongok kat depan pagar... borak ngan kawan2 jap pastu terus balik... Then dengan bangganya tahun selepasnya @ tahun ni,, aku jejakkan kaki aku ke kelas Akaun...ngehngehngeh~ semua orang cakap aku ni cam merugikan peluang... Siap cite kalau diorang dapat 9A,,dah lama diorang 'beram' dari sekolah lama ni and daftar kelas Sains... *tetibe je aku nak jawab,,"eyh,,result aku suka ati aku la nak masuk kelas apa!!"... tapi itu tak mungkin berlaku sebab tu opinion diorang and aku memang hormat pendapat orang...

Sampai sekarang ni,, aku tak rasa menyesal langsung sebab ambik kelas akaun instead of sains...entah la nape,,sebati ngan jiwa aku kot subjek lam kelas akaun nih...hahaha~ Ada gak yg tanya aku,,apasal taknak pindah sekolah? aku pun jual la modal aku yg paling laku sekali yakni "Mama aku tak kasi..." padahal,,memang ada sebab2 tertentu lagi spesifik kenapa aku tak pindah.... ngehngehngeh~

APASAL AKU TAK PINDAH?
  • jarak sekolah yg jauh sampai menyusahkan abah aku nak hantar dan ambik
  • yuran sekolah yg mahal
  • lam pikiran aku only,,kalau ambik sains mesti la aku kena jadi doktor...pada masa yg sama aku berpegang ngan prinsip,,"jgn buat benda yg kita tak suka terhadap orang lain."... oleh sebab aku takut ngan doktor,,apahal aku nak takutkan orang lain dengan menjadi doktor pulak? muahahaha~ sungguh tak relevan punca nih
  • ugutan ustazah tergarang di sekolah aku,,Ustazah Rahimah,,yg nak tendang budak2 yg dah pindah ngan high heels kalau diorang pindah sekolah lama balik
  • musuh aku yg ketat, terikat, padat, mampat dan sendat akan memohon ke sekolah yg sama
  • malas nak terlibat ngan aktiviti sekolah tu yg penuh time petang
  • sayang gila2 nak berpisah ngan bespren aku yg dah tiga tahun timba ilmu ngan aku
  • ada kawan2 aku yg nak tukar aliran sebab tertekan ngan subjek lam aliran sains
  • aku dah terer lam subjek sains tapi low lam maths, jadi aku nak cabar diri aku ngan mantapkan ilmu matematik aku lam kelas akaun
  • FIRST AND FOREMOST,, modal yg selalu aku guna iaitu mama aku tak bagi pindah... sebenarnya ni memang sebab utama aku tak pindah sebab kata orang tua2,, nak buat sesuatu kena ada restu ibu bapa... kalau mama aku tak restu aku ambik aliran sains,, memang takde la kejayaan yg menunggu aku lam aliran tu sebab ALLAH tak kasi berkat....ada paham??
sebenarnya nak ambik aliran mana tu terpulang kepada diri individu tu sendiri...aku di sini sekadar meluahkan rasa je... hope bebudak lepasan PMR tu akan buat keputusan terbaik demi masa depan diorang sendiri...apa-apa pun,,all the best to my junior termasuklah sang keSayanGan-ku tuh...


wokeyh la my dearest blog,,
tu je bebelan versi taip untuk ari ni...
P/S: rindu nak jadi muda balik lepas dapat tahu realiti bahawa aku akan ambik SPM next year...huhuhuhu~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Wednesday, December 22, 2010

SEBAB2 COPYCAT COPY ENTRI ORANG LAIN

Assalamualaikum to my dearest blog,,

Pagi nih aku nk cite pasal gejala copy-mengcopy yg makin gawat lam dunia blogging dan alam maya nih...(muahahaha~ ayat melalut mende aku tulis pepagi nih??).... di bawah adalah apa yg aku nk tulis...

SEBAB2 COPYCAT COPY ENTRI ORANG LAIN

Kalau ada orang yg baca entri nih dan dia pernah jadi mangsa copycat yg sinonim ngan nama kaki tiru nih,,sila angkat tangan.... okey jatuhkan tangan... yg tak pernah kena pun takpe la,, silakan baca... Kat bawah ni adalah senarai kenapa copycat yg itam legam atinye bak air kopi tu ngan muka tak malu nk ambik hak milik org lain jadi aset dia sendiri....

P/S: entri ni adalah idea penulis sndiri,,takde kena mengena ngan entri orang lain...kalau ada persamaan,, mgkin kbetulan sbb pebnulis mmg takde minat dan niat nak jadi copycat.... harap maklum...

  • Nak blogging tapi takde idea nak tulis apa
  • Ada niat nak jatuhkan blogger2 yg dia copy
  • Zero modal atau takde modal nak popularkan diri ngan blog dia sendiri
  • Rasa malu sebab menipu memang takde langsung lam diri dia
  • Ada dia kisah tu entri sape?? Suka ati dia la nk copy ke tak
  • Hak milik orang lain tapi dia rasa dia yg punya
  • Wujud perasaan dengki terhadap blogger2 ternama yg ramai follower
  • Adapun ketebalan muka dia sangat2 mengalahkan ketebalan Tembok Besar China
  • Hati dia pikir yg takde orang tahu dia tu copy orang lain punya idea
  • Ada bakat lam penulisan tapi takde orang tertarik nak baca & jd follower dia @
  • Bakat lam penulisan tu hampehh tapi tetap gatal nak blogging......
N.A.Z.R.A.H. W.A.H.A.B

Ingat nama aku yakni NazRaH WaHaB,,maka ingatlah dekat sebab2 tu jugak,,okey?? (Mohoho~ ayat pomot diri sndiri yg memang takley blah...)

Wokeyh la my dearest blog,

Tu je utk entri kali nih.... kalau ada yg stuju ngan pendapat2 aku pasal copycat sedunia nih,, silalah tinggalkan komen....kalau boleh,,follow la aku skali....ngeeee~

Assalamualaikum and salam sejahtera.....

KEBAIKAN & KEBURUKAN BLOGGING WAKTU MALAM...

Assalamualaikum to my dearest blog,

malam ni aku nak cite ckit kbaikn & kburukn blogging waktu mlm... Al-maklum la,,aku ni spesis takleh tido malam dan suka wat keje memalam buta time orang lain tngah syok membuta.... Lepas dua tiga ari aku taip entri tetengah malam and sorang2,, mmg bnyk la faedah dan musibah yg aku dapat.... Antaranya adalah:


KEBAIKAN TAIP ENTRI WAKTU MALAM:
  • sunyi drpd sebarang gangguan baik mental mahupun fizikal sbb orang lain tgh syok layan mata,, jd idea nak menulis dtg cam air paip SYABAS...
  • takde orang sivuk nak menempek kat sebelah sbb nak tgk amende yg korang ngah taip
  • takde mana2 makhluk yg cuba mghalau korang dari dpan komputer sbb diorang nk guna
  • takde sbarang permintaan lagu atau video dari mana2 ahli kluarga (anak sdare aku sibuk nk tengok upin ipin je...mengacau jap aku punya aktiviti utk mengendap blog orang lain...)
  • ke-takboleh-an nak pasang lagu kuat2 sbb takut membangunkan penghuni rumah yg lain akan mem-fokuskan korang nak taip entri sampai abis
Sebaliknya,, keburukan menaip waktu mlm ni pula adalah seperti yg tertaip di bawah....

KEBURUKAN TAIP ENTRI WAKTU MALAM:
  • kebebasan nyamuk berkeliaran mnjadikan korang sbagai penderma darah yg berjaya dan disegani nyamuk
  • bunyi2 dpd makhluk yg takleh tido malam mcm korang akan membuatkn korang rasa seram sejuk
  • slalu sgt terfikir sal benda pelik2 yg menyeramkan korang
  • mudah terkejut ngan sebarang bentuk pergerakan (aku penah kena skali...tgh aku syok taip entri mama aku kluar nak pegi bilik air...dah la lampu bilik dia tutup... aku ingatkan lembaga itam mana la yg muncul... kuSssS semangat kejap~)
  • banyak tu jer yg aku slalu kena....jd kalu masih ada lg kesan sampingan kat korang.. pepandai la tambah sndiri...
wokeyh la my dearest blog,,

tu je la dulu utk entri malam ni.... aku da tak kuasa dah nak derma darah aku kat nyamuk tiruk ngan aedes yg tgh terbang ngan riang ria raya bersama Nestle Cornflakes nih... mentang2 la darah aku O+,, suka2 ati je nak isap....
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Monday, December 20, 2010

AKU LAPAR!!!!!

Assalamualaikum to my dearest blog,

Pada saat entri ni ditulis, penulis sdg mnderita kelaparan yg amat sgt… HAH?? Ye ke?? Ye,,mmg beno aku tgh lapor skang nih… huhuh~ bkn krana kekejaman serta kezoliman ibu bapa aku yg xnak bg aku mkn,,okey? Cuma da mmg penyakit aku camtu… agagaga~

KENAPA AKU KELAPARAN??

Asal masuk je tgh2 bulan terutamanya minggu ketiga setiap bulan,, kompom,,sah lg nyata yg aku takleh nk makan makanan brbentuk nasi bagai tu… selera aku mmg trtutup abis… kalo lapa sesangat tu,, aku paksa jgk diri aku mkn sesuap dua… tu pun aku takleh mkn nasi putih,,nasi goreng je aku blh telan… masa ni,, bespren karib aku yg aku amek tuk refill energy aku adalah rezki yg dibuat dpd gandum cam roti,, biskut,, roti canai ngan lempeng tu sume lah…

APASAL TAKLEH MAKAN NASI??

Entah…aku pun tadak tawu apa kes jadi cenggitu…tapi apabila diambik kira kjadian camni yg slalu jd tiap2 mggu ktiga stiap bulan,, aku agak maybe sbb aku dah puas mlantak nasi time awal2 bulan kot…itu pasei la perut aku dah naik mual,, loya n mluat nak mkn nasik…

KENAPA MAKAN MAKANAN YG DIBUAT DRPD GANDUM??

Kalo dikaji dari aspek komponen yg trkandung dlm gandum,, kira sumber ni alteratif trbaeekkk la bg org yg xleh mkn nasik cam aku ni… gandum kan mngandungi karbohidrat yg bnyk cam nasik gak… So,, mknn yg dibuat dpd gandum cam roti dan biskut ni mmg la sesuai sbagai pmbekal tenaga utk kita mnusia nih…. Papepon,, mknn tak kire dpd gandum mahupun nasik sndiri ni kena la diambik ngan sesuatu yg brkhasiat gak… kau tak boleh bantai nasik n roti ngan satu jenis lauk je….koman tul la korang kalo camtu… kang tak memasal timbul lak masalah perut buncit cam ikan buntal di lautan dalam sana.... Hohoho~… korang kena la plbagaikn hidangan yg korang mkn tu cam mkn ngan salad ke,, hirisan buah ke,, baru lah mknn tu dgelar sbagai hidangan yg sihat…wakikikiki~

APA KES KAU POS ENTRI NI??

Heheheheh~ takde pasal pun....sesaje je aku nak isi masa lapang aku saat2 aku Kelaparan bin Kebuluran nih... lgpun aku dah tak tahan lg dah tangan aku duk terketar-ketar cam org sakit parkinson nuh... So,, aku manfaatkn la keketaran tgn aku tu ngan mnaip... at least boleh la aku cover keketaran tgn aku yg kalo pgang gelas ni pun boleh tumpah airnya...hahahahah~ (ayat metafora cuma...jgn dipercayai!!!)

Wokeyh la my dearest blog,,

Takde mende pun aku nk update sbenarnye sbb entri2 yg aku nk taip tu blum abis pikir lg nak taip yg mna dulu... (Chitt~ bunyi cam bnyk je entri lam otak aku nih....) mohohohoh~ Tu je la dulu utk mlm ni ya!
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh....

Sunday, December 19, 2010

Mari Ber-CeriBar : FAMILY

Assalamualaikum to my dearest blog,

Huhu~ mesti ko rasa pelik, kan?? Amende benda alah ceribar tuh?? What is the meaning of dat word?? Haa~ tu la kowang tak tawu…CeriBar ni aku singkatkan dpd prkatan CERITA ngan GAMBAR…. Jd maksud dia tu tolak tambah meh bercerita ngan gambo-gambo laa… kena plak tetibe je aku rajin nak scan gambo mlm ni... So,, boleh la aku insert cket2 pic lam entry nih… pas titik bertindih tu aku ad taip FAMILY kan?? Itu adalah kerana aku nak kasi story cket sal kuarge kecayangan aku nih….

mama terchenta~ Puan Zaidah Abd. Rahman..
MAMA:

Haa~ ni my beloved mother donia akherat nih…. Tanpa bliau yg bersosah payah mengandungkan aku slama 9bln 10 hari,, maka takde la insan kenit bnama NazRaH WaHaB nih (bkn nama sbenar)…huhu~ mama aku nih JAGOAN gegilew dlm bab2 memasak nih…aku pun ada mwarisi cket minat memasak bliau tp xleh nk praktik coz takde bahan2 aku nk masak…. Jgnkn bahan,, resepi pun xde gak… malas nk mntak sbenanye coz sah2 mama aku mls nk kasik…. Kehebatan mama aku masak ni bkn dktahui oleh bespren family kitorang kat Kelantan je,, tp turut same feymes kat Sabah nun…haa~ hebat tak? Hebat tak? (haha~ sengal..dah nama pun kak long aku duk kat sana,,sah2 kwn dia taw mama aku terer masak….) Mama aku mempunyai sebuah kedai mee soup yg fofular tak hengatt di salah satu area Kelantan nih… Hak milik bersama ngan Abah kecayanganku…huhu~

abah tersayang...Encik Salahuddin Mamat
ABAH: 

Huiks…apsal aku citew abah aku ter-kemudian pas mama aku nih?? Haa~ kan Rasulullah s.a.w penah bersabda kepada umat2 baginda agar mendahulukan ibu dpd ayah… meskipun bgtu,, kuantiti kaseh sayang ttap x brubah owkeh… tetap tggi mngalahkan Gunung Everest yg ketot tuh…huhu~ Antara pkara2 yg aku suka ngat ngan abah aku ni:
1.      Abah aku spotim… aku wat salah ciput2 ke,, kebau2 ke,, dia xmarah … main jeling2 maut je…
2.      Abah aku memahami… beliau cam taw2 apa benda fevret aku…tp kekadang bliau mdh lupa gaks…hakhak~ plg best kalo time aku sesat @ pyh nk dtemui masa pegi bandar,, abah aku cam paham2 je mana nak carik aku…. Mane lg kalo bukan kdai2 buku yg glamor nuh…huhu~ klu org lain,, mmg pyh cket nk jumpe aku kalo aku ilang di KB….
3.      Abah aku penyabar owangnye… aku ni lau gi mna2 kedai yg mpunyai koleksi buku2 yg besh2 @ hadiah mahu pun cenderahati,, maw berjam2 melokat kat kedai nuh…. Tp abah aku ni sabo je… sggup dia tggu smpai abez… nk wat cemane,, aku jarang kuar umah… jd kalo sesekali kluar mmg pyh nk balik…haha~

Cukup la tiga bnda tu aku kasi taw… sbnarnye byk lg tp mls lak nk taip…bio le aku je yg mengetahuinye….

kak long yg sweet...Azizan n anak beliau...Amirah
KAK LONG: 

Ibu muda beranak dua nih lak kak long aku… skang ni menetap kat Sabah sbagai guru J-Qaf… ntah bila la baru boleh blik Semenanjung sbb aku ksian gak nengok anak2 sdare aku windOo kat Umi diorg… Owh yea,, utk pngetahuan korang,, entri2 lam blog nih di-pos hasil ehsan kak long aku yg izinkan aku guna Broadband C***** die yg cam kekura nih laa…hukhuk~

Aku syg sngguh ngan kak long aku ni… apsal? Kitowang kan adek badek,, wajib la saling menyayangi…heheh~ lebih2 lg aku ngn dia kongsi minat sama yakni suke beli & baca buku… Kalo nak taw,, segelintir dpd koleksi buku2 aku yg brtambun nun hasil tajaan dia laa… murah ati btul akak aku sorang nih… nak2 kalo aku lulus exam,, lg byk dia beli… aku bagaikan ditimpa hujan buku lak… bez,,bez…

[plg bez aku dpt adiah TV awal taun ari tuh… ini kerana ada tragedi sadis yg mnimpa penulis di mana TV penulis rosak sminggu sbelum exam PMR…tragis tul… tp Alhamdulillah,, brkat tv tuh hancuss,, pnulis dpt 9A n TV baru,, huhu~]

Abang yg tinggi....Muhaimin
ABG NGAH: 

Insan yg lebih terkenal ngan gelaran KAMBING dlm kalangan famili aku dek tahun kelahiran Cinanye adalah tahun Kambing ni abang ngah aku… skang menetap kat Melaka,, keje sbagai askar,, da kawen n ada anak sorang brnama Nurmie Maisarah … kiut,, putih n cerdik budak tuh… muka pun ala2 Jepun cket…hoho~ abang aku nih kodokut bin Haji Bakhil orgnye… *penulis entri jgk mwarisi sikap nan satu itu,, jd lupakn hasrat nk mntak pnulis blanja mkn…* pa pe pun aku ttap syg gak ngan mamat sorang nih coz dia syg aku…huhu~

[abang pnulis yg ni adalah pmberi henpon N3310 yg tlah uzur kpd pnulis pas lulus exam akhir taon F.1 dlu…haha~ gile tangkai jering dia sorang…]

abang yg berani...mahyuddin
ABG CHIK: 

Hah!! Abg aku yg ni pun askar gak tp tmpat keje dia jauh nuuunnnnnnnn di Sabah sana… satu persamaan abg chik aku ngan abg ngah aku adalah dedua ISAP ROKOK!!! Aku nyampah tul la ngan org isap rokok ni… kena lak kalo isap rokok kat sebelah aku ngan rokok jenama Dunhill ke,, Marlboro ke,, sure2 aku tumpang sekaki nanti… hahahah~ *JGN PERCAYA ayat provoke nih!!!* ekselly aku sesak2 nafas + pning2 kpala gak la kalo hidu bau hasap tuh… tp xleh nak wat pe,, org tua x trima klu org muda sound diowg….

[abang pnulis yg ni tlh mnabur jasa kat pnulis ngan mggantikan henpon N3310 td kpada Nokia mende ntah sempena kjayaan lam exam F.2 & Sony Ericsson J105i sbagai adiah 9A lam PMR….toche,,toche…]

cik kak yg tudung itam legam....Nazihah
KAK Jah: 

Aweks ni lak kakak aku yg selang umo dua tahun ngan aku…skang mlanjutkan plajaran di UIA PJ lam jurusan Law Syariah… akak aku yg ni agak gile2 orgnye… suke gelak kuat2 sampei2 nk pecah gegendang tinge aku… kitorang ni rapat tp kekadang tuh ada gak la saat2 kitorg sekepala and then due kepala… ikut mOod gak la… muka aku ngan dia mirip2 cket lalu mnyebabkn ramei org yg keliru sape aku n sape dia… sdgkn cikgu-cikgi leh trtukar aku ngan dia,, inikan plak mama aku sndiri?? Hahaha~ sape yg ad rase nak ngorat akak aku nih boleh la kontek aku… nanti aku wariskan ilmu ttg cara2 nk ayat kakak aku…

P:S/ tawaran trbuka kpd org llaki yg ada kyakinan diri dan kuat dr segi mental,, fizikal dan iman sahaja!!

aku sendiri....Nadzirah
Nazrah (aku):  
Fohoho~ xde mende pun aku nak cite sal aku nih… aku cume sorang dak skolah mnengah agama yg mmegang jawatan sbagai pngawas and terer main bola jaring je (tak penah menang pun sbb pngadil berat sbelah…huh!! Mnyampass!!!!!)… aku nih sowang budak special case ckit di mana aku sntiasa mnjd plajar cemerlang di skolah… bkn nk eksen taw tp nk ckp ckit,, hampehs sbnarnye kalo jd plajar cmerlang nih,, asik kena kekalkan prestasi mantOpp je memanjang… maleh tul la aku nk rajin sgala nih… hohoho~ tak baek tul aku nih… pdhal taon dpan da nak SPM… ok lah,, da abes citew… next story lak…

adik aku....Suhail
Adik (ya ke?): 

Ahh~ aku ltak gambo dia kecik2 je sdh…xde gambo yg dia dh trlbih saiz tu sume… yg ni anak bongsu lam kluarga merangkap anak manja la… sgt malas dlm mlakukn sbarang kerja duniawi mahupun ukhrawi ttapi sgt mantap,, cergas dan tangkas dlm bab2 ‘pau’ duit mama aku n pegi merayap… cais~ hampeh tul dak ni sowang… hempuk ngan pokok ketapang baru taw…

Wokeyh la my dearest blog,

 Tu saja utk sesi berceribar aku mlm ni… mls dah nk taip bnyk2… kalo keyboard ni senyap cam keyboard laptop,, xpe la gak aku nak tekan kuat2 pun… ni idak,, bunyi sejibik cam mesin taip… kletuk kletak kletuk kletak… nasib baik tak mngejutkan mama ngan abah aku yg ngah tido…mohoho~

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…..

Saturday, December 18, 2010

Kakak aku kena baca ini entry!!!!!!!

Assalamualaikum to my dearest blog,

Heheh~ entri ni aku rase cam nak ajak kakak aku baca arr… Bukan pe,, kan aku da cakap semalam aku ada benda baekkk punye nk letak lam ni.... agaga~ entry 4 dis time sememangnya, semestinya dan sudah tentunya di-create se-mata2 nak kasi jeleZZZ kat akak aku yg skang ni ntah ngah ngamok cemana ghope ntah kat UIA nun… ngamok apa hal?? Nak balik la… kasi taw cket kat aku budak U mana yg xnak balik umah jumpa mak ayah n adek-badek diorang? Nak2 adek diorang tu sewel 3 suku cam aku….hohohho~ lain la klu kat umah diorang ad mak, bapak @ adek-badek tiri yg kejam lg zalim mnunggu….mau tnggal trus kat asrama….huhu~

STORI PETAME UNTUK MY DEAR SISTER

Umah kita nih da ade ahli bawu… jgn salah paham keh… bukan bermaksud pertambahan ahli dari segi orang tapi berlaku kenaikan ahli dari aspek haiwan peliharaan je…. Skang nih kuantiti kucing da brtambah dpd sekor kpd duekor…. Ad paham ka?? Hahaha~ anyway, bukan benda alah ciput cedut tu je yg aku nak citew ni wahai my dear sister…. Aku paling kelaka tak hengatt nye adalah cara Abang Chik @ Din bwk dia balek umah….hoho~

Masih segar lagi la lam ingatan aku nih kisah posto2 kucing tu ke umah aku… mase tuh aku ngah syiok perang2 ngan broadband cap hunta padang pasir di egypt sana *pihak yg terasa,,tingkatkan kualiti servis korang ekk*,, aku terdengar deruman ekzOs muto kriSs buWok gHupe yg dah berdekad lamanye berbakti kat kuarge tuk Imam Wahab nih…. Teruja nak taw amende yg abang duk kecoh2 kat lobi nuh (Aiceh,,umah kita bukan hotel pun nak ade lobi segala…hoho~) aku ngan bercekak pinggang melangkah ke ruang tamu…

Saat itu,, pandanganku tertancap kat sekor makhluk ALLAH yg kiut je parasnye,, pnjng bulunye,, dan bile kudakap,, berbau harum la puloks dek semburan perfume kwn abang ke atasnye….(gile apa? Tak memasal maut kucim shomel tu…) muka dia n rupa luarannye tu sejibik ABU tu,,koko2 coklat + ala2 Parsi gtu… kepoyoan serta kebendulan kucing jinak tu pulak seiras ngan arwah kucim tersayang family kite,, si Puteh…. Ahaks,, rindu lak kat arwah… Sob,, sob…

Pas eksaited ngan menatang bulu panjang 1 ½ inci tuh,, basuh2 tgn sume,, angkat dulang santapan segala maka bermulalah sesi mengisi energy yakni lunch… sedang sesi mengunyah sdg masyuk brlangsung,, skali lg otak aku wat lintas langsung…. I mean,, ko tak pelik ke?? Kan td aku ckp abang balik naik moto… so,, kucing comey tu terselit dari mna?? Maka terpacul la soalan aku tu kat abang yg ngah sodap melayan Amir Payish…. Abang sengih2 jwb,, “Kucing camtu mna taw takut naik moto…Selamba je…” Hullamak…dia usung kucing tu naik moto…. Cayya ahh~



Skang aku da kasik nama bliau….Jeng,,Jeng……KOKO!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


STORI KEDUA UNTUK MY DEAR SISTER

Stori ni xde mende pun nak kasi taw… saje je nak habaq kat my dear sister ni,, hasil aku meraung haung2,, mengamuk guling2,, men-jerit2 histeria dekat mama (xselly,, ni cume ajinomoto pnambah perisa citew jer….egege~) malam td aku leh makan sate…. Huhu~ cam bez lak makan sate kalo ko takde… Almaklum,, share masing2 otomatik la brtambah…tapi sayang dua tiga abad sayang,, sate tu leh tak abes lak… takpew2,, nanti aku awetkan utk kasi ko makan pas kau balik 23 Dis. ni….okeyh,,ma dear sis?? huhu~

Wokeyh la my dearest blog,,

Tu je yg sesaje aku konon2 nak kakak aku baca... padahal sah2 mmg tak taw baca ke idak... esok aku masukkan entry baru lagi yek....takde orang baca takpe,,yg pnting we r still together gtuuu~....agagaagaga~

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…..

Kenapa aku gatal nak post entri nih...wohoho~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Huhuhu~ aku baru je abes nengok citew Indiana Jones & the Kingdom of Crystal Skull td…. Best gak jalan citew dia… tapi sedikit terencat di situ ya kerna kewujudan insan bernama Shia laBeouf…haha~ entah nape aku ta suke kat die sejak dia lam Transformers lg… sebaliknye,, ati aku da terpaut, sangkut dan lekat kat buah hati Fergie Black Eyed Peas,, Josh Duhamel…. Hoho~ cian Shia laBeouf….Arghhh! lantak ko laa...

Eksheli,, pas nengok citew tu td,, aku blah ke bilik air jap tuk mlaksanakan hapa2 yg patut sblum msuk tidow… Skali terdengo la pulak ayat cintan-cintun abang aku time mengayat awek mane ntah td… terkekek-kekek aku ketawa sengsorang lam bilik air tu.... jatuh saham aku kalo ad yg dgr…. Mohoho~ pastu terlintas lak nak pos entri first, sulung, dan julung2 kali aku nak wat neh…. Kena lak blog aku ni dah wape abad tak bukak gara2 ke’amnesia’an aku trhadap password aku sndiri…hihi~

Apasal ekk otak aku leh terbitkan siaran lintas langsung ttg nak stat blogging nih? Sebonanyo,, cuti cenggini aku takde banyak aktiviti sgt yg nk dilaksanakn… nak2 pas percutian aku ke Melaka dikensel sementelah Abang Ngah aku kat Melaka tu balik Kelantan….huuuuu~ remuk redam ati aku…. Abah,, bwkla NaNa (nama manja ntuk anak2 sdare aku) gi jenjalan tmpt jejauh cket…. Asyik bumi Kelantan ni je kite jelajah… Jambatan Sultan Yahya Petra ngan Jambatan Tendong tu pun da naek muak nengok muke kita tawww… wahoho~ acah je…

So,, sebagai alternative hasil fikiran positif aku,, aku pilih tuk sebokkan diri di depan desktop merangkap komp umah aku yg bernama BLACK *bukan Black Mentor taw y’all* ngan kegiatan yg agak berpekdah la bg aku… antaranya adalah men’donload’ lagu, maen game dan on9 kat fesbuk…. Tp sejak 2 menjak ni,, minat aku nak fesbuk-ing da mnurun laa… ntah nape aku naik bosan nengok mende alah muka buku tu…. Nama je buku tp xde muka surat…mohoho~ lagipun takde org sudi tegur aku… nak majokk je rase…

Cara lain aku nk abeskan mase (selain mem-baby sitting anak2 keponakan aku) adalah membukak dua tiga blog kpd blogger2 senior nih… cari punya search,, intai punya hendap,, klik punya tekan,, tetibe je aku terserempak ngan blog sorang awek cun ni… fullamak pic2 kat entry dia,, chantekkk tuuu~ entry dia pun boleh tahan golak gak…. Ternganga-nganga mulut aku time ketawa n golak sakan tu… Persis Terowong Karak… huhu~ Taknak ketinggalan ntuk ber-blogging sama,, aku pun try la edjas, repair, baiki n beautify-kan blog aku yg dah layak tuk di iktiraf oleh muzium Negara sebagai khazanah silam dan artifak purba nih… Indiana Jones pun boley tertarik nak siasat hal blog aku nih taw…. Hoho~

Arakian (wuish~ ayat kLasik mana aku cilok nih??), stat la operasi renovate blog aku ni ngan berbekalkan broadband akak aku yg jenamanya perlu dirahsiakan dek kerana kelajuannya yg slow mengalahkan makhluk bernama dua alam yakni Siput Babi…..hohoho~ tetibe je aku ngidam nak pakai line Unifi… ala,, yg Bunkface febret band aku pomot tuuu~ Laju broo!! Wohoho~

Time me-repair blog aku tuh,, aku ngan muka cuak gak pandang kiri kanan…kecut cket2 perut aku each time abah aku lalu tepi aku… cam boleh nampak je ad asap nipis ala2 asap Nescafe keluar kot kpala abah aku…ngengenge~ wat lawak tiga suku lak aku ni…. Sbenonye,, aku takut abah aku marah je…. Mana idaknye,, awal2 pagi lam kul tujuh anak dara bongsu dia ni da bukak komp… kalo dua tiga jam,, boley la kot abah aku green light-kan… tp aku selamba tenuk je tutup komp dlm kul 8-9 p.m…. tu pun kalo TV ada citew bez… if not,, tutup kul 10 wa kasi tau lu…

Akhirnya,, pas dekat lima jam aku bersusah payah memenangi pertarungan ngan line tenet Celcom yg agak mengong time tengahari ni *AlamaK!! TerkantoI SudaH! Haha~ td ckp nk secret-kan... apadaaa...*,, berjaya gak aku update dan isikan blog aku yg old skool ni ngan gajet2 moden segala… hasilnye tade la seberapa sgt tp boleh la bg aku yg baru nk ber-tatih2 lam dunya blogging nih… sok2 aku dah pro,, aku edit la blog nih bio meriah ngan bunga api segala… heheh~  anyway,, aku still bengang ngan line tenet aku nih… kejap2 slow,, kejap2 kOma,, pastu trus Innalillah… da satu keje lak aku nak connect balik…. Warghhhh! Serabut tol la…

Wokeyh la my dearest blog,,
Da kul satu pagi… nanti esok aku pos entri lain lak ekkk…. Aku ada benda baekk punye aku nak kasitaw kat ko…. Kisahnye baru berlaku siang tadi…. Huhu~ apsal lak nak citew kisah ari ni esok?? Hilang akal pew? Entri ni pun kemain lg pnjgnye…. Naseb baek tak putus jari…. Wohoho~
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh…..