Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, May 25, 2011

TAK SUKA NGAN ORANG TU!!!!!!!!!!!!


 Assalamualaikum warahmatullah,
Sejak dua tiga minggu ni, aku asyik bz ngan exam je... tido entah ke mana,, buku ntah ke mana... minah last minute la katakan... esok nak exam,, malam ni baru bukak buku.... mohoho~ sibuk ngan buku sampai2 aku missed nak tengok citer feveret aku, Harper’s Island... episode last lak tu... wuuuu~ frust,, frust... tapi takpe, aku nak beli cd dia... syiok gitu..

Tapi bukan tu yg aku nak citekan sekarang... aku sebenarnya tak puas hati ckit ngan sorang budak se-form aku ni... Kenapa?? Sebab saat2 aku nak balik awal coz nak tengok Marimar sambil melentang baca buku,, saat tu jugak dia ajak aku balik lambat... mana aku tak asap?? Dah la time exam je leh balik awal and tengok cite tu sebab takde kelas tambahan... Huh~

Nak tau nape dia ajak aku balik lambat? Konon nak belajar English ngan aku... bukan apa,, aku ni student ter-expert English lam seluruh form (PERASAN)... ekekeke~ aku pun,, malas nak rejek,,(takut kene umpat konon kedekut ilmu),, redha je la balik lambat.. tengah aku duk ajar ni,, dia boleh pulak terang2 cakap yg dia tak berapa faham ngan subjek tu sambil jujur je mengaku yg dia yakin dia akan dapat markah rendah... WHAT THE?? Kalau sikit punya tak yakin ngan diri sendiri gitu,, baik tak yah ajak aku balik lambat... bazir masa aku je... kalau ikhlas nak study sambil tingkatkan gred English tu takpe gak...

Lagi satu, aku memang tak gemar ngan sikap dia yg pandai tangguk ketam di air berlumut ni... asal exam je,, pandai la dia rapat, dekat dan sahabat ngan beberapa individu yang berkemahiran lam beberapa subjek tertentu... kalau dia rapat ngan aku  pasal English,, kengkawan aku yg lain lak dirapati sebab:::
 CONTOH=
 si AN- expert Mathematics ngan Add Math
si SY- pakar kira-kira lam Prinsip Akaun
AKU lagi- terer lam Sejarah ngan Sains
Kalau nak diikutkan,, memang la tak salah kan dia nak belajar... tapi yg buat aku rimas,, dia akan rapat ngan orang tertentu pada hari kitorang ambik paper subjek tertentu tu... pulak tu,, dia jenis yg suka membanding-banding jawapan ngan orang lain...
CONTOH: lepas dia study Math ngan si AN,, auto la terer kejap kan.. aku pun tumpang happy tapi yg tak happy-nya,, mesti dia pegi tayang konon dia boleh jawab... pastu kalau tengok jawapan aku salah,, dia akan bersorak mengatakan jawapan dia betul... DANG!! DO I REALLY NEED THAT?? Kot ye pun aku salah jawab,, toksah la jerit kat tinge aku yg dia betul...

Sekali tengok,, dia cam tak kenang budi lak.. time nak exam English,, carik aku... tapi time nak exam paper lain,, dia cari orang lain  siap buat derk je kat aku kalau aku duk dekat ngan dia pun... sape tak terase?? Macam kita ni takde guna je bagi dia... ingat aku ni mesin taip ke?? Guna bila laptop ngan PC rosak je?? Huh~

Saturday, January 1, 2011

Kenangan Terbaik Aku Pada Tahun 2010...

Assalamualaikum to my dearest blog,

Au Cak!! Wujud lagi aku rupanye ye? Of course la...rupanye broadband kak long aku tak dibawa pergi ke sabah sbb dia bagi dekat kakak aku yg study UIA nun... untung la jugak sekejap... mohoho~

Sempena kewujudan broadband yg masih bersisa selama sehari sebelum dibawa pergi, aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua orang dan diri aku sendiri... Tahun ni aku takde azam baru yg banyak2...Azam aku cuma tiga je iaitu:
  • Capai azam-azam aku yg tak tercapai tahun lepas
  • Berjaya dalam SPM dan
  • Berjaya sebagai Muslim sejati
Nah! Sikit je azam aku... malas nak tanam banyak2 sbb aku takde masa nak jaga.. tak memasal naik lalang pulak diorang karang...haha~

Tahun 2010 memang banyak kenangan pahit manis yg jadi kat aku, family dan kawan2... antara yg tak boleh dilupakan dan segar di ingatan adalah:

  • Orang gila tunjuk ‘barang’ kat tepi sekolah 
  • Pergh! Memang trauma abis la ngan kejadian ni.. dah la masa tu exam.. subjek Al-Quran lagi.. cam nak gugur jantung saat ternampak dia tanggal seluar.. ‘ter’ oke? Bukan sengaja..nasib baik tak lupa terus ayat2 quran yg aku and the gang hafal tu... huhu~ nasib baik dia dah x datang lpas kena intai ngan PK Hem aku..

  • Kereta terbakar depan sekolah 
  • Fuhh! Tragedi ni memang haru la... boleh dua penyeludup minyak secara haram ni tinggalkan kereta diorang yg terbakar tu depan bus stop sekolah aku? Dah lah bus stop tu dekat ngan tmpat parking kereta cikgu2 aku.. mujur tak terbakar ngan kereta diorang sekali... api marak tak hengat time tu... main letup2 tayar lagi... esoknya, kes ni masuk Harian Metro.. glamer kejap.. bus stop tu? Dah mcm pondok buruk aku tengok... Sampai sekarang takde org nak tukar...

  • Anak saudara aku yg ketiga lahir 
  • Lepas dua tahun tunggu, akhirnya rezeki kak long aku nak timang anak kedua muncul gak... kali ni lelaki.. berebut-rebut kitorang nak kasi nama.. last2 kakak aku yg dapat... maka, termaktublah nama anak saudara aku sebagai Amir Faris...
  • Yang paling latest, aku dapat 9A lam exam SMU 
  • Meskipun nampak cam biasa2 jer, tapi bagi aku ni penting la sbb usaha keras aku belajar subjek2 agama tu selama 9bulan terbayar... tak sia2 aku hafal semua subjek tu... Congrats to all my friends...  
Tu je kot.. banyak lagi sebenarnya tapi tak larat nak taip... wokeyh la... see you again next time!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal My Dearest Blog~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Dalam pukul lebih kurang 1 tengahari tadi aku dah terima keputusan peperiksaan aku... tak la oke sangat sebab kurang satu A drpd sepuluh tapi boleh tahan jugak la memandangkan keputusan aku tu yg paling baik antara semua calon peperiksaan... mohoho~ 

At least kurang cket rasa frust menonggeng lam ati aku tapi kecewa jugak sebab hasrat ustazah nak tengok calon yg dapat straight A's tak tercapai memandangkan takde langsung calon yg dapat 10A... memang rekod tahun ni agak jatuh merudum la sebab rekod tahun lepas, 40++ org pelajar yg berjaya dapat 10A... tahun ni plak, gred tertinggi cuma 9A...tu pun dua orang je... *aku salah satunye*

Masa tulis entri ni, aku rasa berat ati pulak memandangkan ni adalah entri terakhir aku yg akan aku pos... Lepas ni aku dah tak boleh nak pos entri sesuka ati lagi dah sebab takde broadband kat umah aku ni... Al-maklum la esok kak long aku dah nak fly balik Sabah semula... Maknanya modem broadband ni pun akan terbang sekali la...kakaka~ 

Tapi kalau ada broadband kat umah sekalipun,, sah2 aku akan kena hempuk ngan abah aku kalau menghadap komputer lama-lama... ye la kan,, tahun depan aku dah nak SPM... kalau asyik melekat je depan komputer ni, tak memasal pulak abah aku humban komputer aku kat tempat pelupusan sampah.... haha~ mintak simpang malaikat 44...

Apa-apa pun, aku rasa gembira jugak sepanjang blogging ni sebab boleh explore, baca dan turut merasa pengalaman blogger2 lain... sharing is caring... tak gitu? Meskipun aku takde internet kat umah, aku akan cuba gak update blog ni dari semasa ke semasa utk berkongsi pengalaman dan nasihat serta segala mak datuk lah yg aku rasa nak kongsi...nganganga~

Oleh sebab ni adalah entri terakhir, aku dah takde idea pulak nak karang apa kasi panjang sikit isi entri ni... jadi aku berenti kat sini dulu la... kalau ada masa terluang time sekolah tu, pandai2 la aku nak update blog bughok ni yea...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
sob, sob....
: (

Wednesday, December 29, 2010

SAYA BLOGGER KELANTAN

Assalamualaikum to my dearest blog,

Sempena meraikan kerajinan aku menaip sebanyak 10 entri lam masa dua minggu pertama, aku nak buat entri lain pulak... Kali ni aku nak pos entri pasal Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri pulak... Sambil2 join ni, boleh gak kita berkenalan kan... Tambah kawan gitu... Mohoho~ antara butir2 penting yg diperlukan untuk menyertai pertandingan ni adalah seperti berikut:

NAMA:
>Nama saya (tukar personaliti kpd lebih sopan kejap..) terbahagi kepada beberapa jenis panggilan... kalau kat rumah, mama abah ngan adik beradik biasa panggil Kakak atau Nadzirah... Anak2 saudara pulak dikhaskan untuk panggil saya Nana.... masa kat sekolah, akan ada la suara2 kengkawan panggil saya cik Nad @ Nad yg Nerd... poyo tak kitorang? Mohoho~ nama glamer yg selalu diguna,, NazRah tigReSa...

STATUS:
>Sepanjang enam belas tahun hidup sampai la nak mencecah tujuh belas ni, status saya kekal sebagai seorang yg masih belum berpunya yakni single... Nak couple? Makan pelangkung abah saya dulu...huhu~

CARA HUBUNGI:
>Sesungguhnya nombor telefon adalah sangat2 private dan takleh disebar sesuka ati, jadi saya boleh dihubungi melalui medium:
Facebook – NaDzirah TiGresa, dan
SEGALA MACAM LAMAN SOSIAL DENGAN MENGGUNAKAN E-MEL DI ATAS...

DAERAH:
>Tumpat, Kelantan...

TEMPAT TINGGAL:
>Kampung Paloh Chica, 16040, Tumpat, Kelantan...
(meskipun nama kampung tu sedikit pelik, korang jangan ketawa taw...hahaha~ eh, aku lak yg ketawa...)

APA YG MENARIK DI TEMPAT TINGGAL SAYA:
> Sebuah kampung yg sangat2 selesa didiami sebab kurangnya pencemaran bunyi kecuali bunyi jiran sebelah rumah bergaduh dan sedikit sahaja pencemaran bau....
> Jiran-jiran kurang busybody dan kurang suka mengumpat....
> Ada kawasan padang yg luas kat sini dan kitorang boleh tenangkan fikiran sambil cuci2 mata tengok lembu makan...hoho~


Ni gambar kelas kitorang... oke tak? agak2 sendiri la yg mana 1 aku...


Aku yg tudung putih tu... kat sebelah tu kakak aku... yg baeekkk punya termenung tu anak saudara aku....

Orait la,
aku rasa tu je kot yg perlu utk join kontes ni.... tatitu... 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Contest gambar menarik 2010!!



 contest pertama aku sejak mula-mula blogging...


 
KENAPA AKU LETAK GAMBAR NI?

Ni adalah gambar anak saudara aku yg sulung dan bernama Amirah.. aku pilih gambar ni sebab gambar ni diambil pada tarikh 21-12-2010... tarikh dia yg cun tu la yg menyebabkan aku tergoda nak letak gambar ni... haha~ selain tu, saat gambar ni diambil, tu adalah kali pertama anak saudara aku yg sangat rapat ngan aku ni ber-posing ngan gaya tangan seakan-akan macho gitu.... tudung yg dia pakai tu jugak  adalah tudung yg dia pakai sendiri ngan hati yg sukarela...paling best tentang gambar ni,, ianya diambil di atas kereta abah aku semasa hujan renyai2 sebab dia berkeras nak ikut abah aku pegi kemas barang kat kedai keluarga kitorang dan menyebabkan aku terpaksa ikut sama.... nasib lah~

aku tag: