Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal My Dearest Blog~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Dalam pukul lebih kurang 1 tengahari tadi aku dah terima keputusan peperiksaan aku... tak la oke sangat sebab kurang satu A drpd sepuluh tapi boleh tahan jugak la memandangkan keputusan aku tu yg paling baik antara semua calon peperiksaan... mohoho~ 

At least kurang cket rasa frust menonggeng lam ati aku tapi kecewa jugak sebab hasrat ustazah nak tengok calon yg dapat straight A's tak tercapai memandangkan takde langsung calon yg dapat 10A... memang rekod tahun ni agak jatuh merudum la sebab rekod tahun lepas, 40++ org pelajar yg berjaya dapat 10A... tahun ni plak, gred tertinggi cuma 9A...tu pun dua orang je... *aku salah satunye*

Masa tulis entri ni, aku rasa berat ati pulak memandangkan ni adalah entri terakhir aku yg akan aku pos... Lepas ni aku dah tak boleh nak pos entri sesuka ati lagi dah sebab takde broadband kat umah aku ni... Al-maklum la esok kak long aku dah nak fly balik Sabah semula... Maknanya modem broadband ni pun akan terbang sekali la...kakaka~ 

Tapi kalau ada broadband kat umah sekalipun,, sah2 aku akan kena hempuk ngan abah aku kalau menghadap komputer lama-lama... ye la kan,, tahun depan aku dah nak SPM... kalau asyik melekat je depan komputer ni, tak memasal pulak abah aku humban komputer aku kat tempat pelupusan sampah.... haha~ mintak simpang malaikat 44...

Apa-apa pun, aku rasa gembira jugak sepanjang blogging ni sebab boleh explore, baca dan turut merasa pengalaman blogger2 lain... sharing is caring... tak gitu? Meskipun aku takde internet kat umah, aku akan cuba gak update blog ni dari semasa ke semasa utk berkongsi pengalaman dan nasihat serta segala mak datuk lah yg aku rasa nak kongsi...nganganga~

Oleh sebab ni adalah entri terakhir, aku dah takde idea pulak nak karang apa kasi panjang sikit isi entri ni... jadi aku berenti kat sini dulu la... kalau ada masa terluang time sekolah tu, pandai2 la aku nak update blog bughok ni yea...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh~
sob, sob....
: (

No comments: