Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, December 28, 2010

TIK TOK! TIK TOK! MASA YG DITAKUTI SEMAKIN HAMPIR~

Assalamualaikum to my dearest blog,

Mengikut ramalan kaji bintang pak belalang aku ni, tinggal lebih kurang empat hari lagi sekolah nak bukak balik... Empat? biar betul!! orang lain ada lima ari lagi cuti...apasal kau empat? mohohoho~ korang tak salah baca sebenarnya... bagi korang yg sekolah area luar drpd kelantan, kedah, dan tempat yg sama waktu dengannya tu memang la ada lima ari lagi cuti... Tapi,, aku yg berbangga dengan negeri aku yg cuti ari jumaat dan sekolah ari ahad ni memang dah sah dan kompom akan start sekolah awal...

Pejam celik,,pejam celik,, dah nak bukak sekolah... Tetiba je rasa rugi lak cuti akhir tahun aku yg dah nak habis ni... mana taknya,, tak ada apa-apa yg bermanfaat pun yg aku buat... asyik-asyik melangut depan komputer je keje aku... kalau tak online di fesbuk,, main game sampai 2-3 pagi... sampai abah aku cakap yg aku ni calon RABUN dah... mohoho~ tak patut, tak patut.... apa-apa pun,,aku berbangga ngan pencapaian aku sepanjang aku main game tu sebab semua markah aku kalau tak expert,, mesti high score la... Best player gituu~

Walau bagaimana sekali pun,,  aku akan cuba ubah diri aku pada masa cuti akan datang untuk meluangkan waktu tersebut dengan aktiviti berfaedah seperti bungee jump ke,, sky diving ke,, skuba ke... apa-apa je la yang boleh mengisi masa lapang aku... (Meskipun aku pasti ianya akan diisi dengan pelbagai variasi kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi SPM)... Warrrrgggghhh~ tak sukenye kehidupan ber-peperiksaan... tapi best gak sebab kalau nak masuk periksa kena baca buku... kena lak aku ni memang hantu buku....kira ngam la tu...

Huaaa~ membuak-buak dah rasa rindu aku terhadap ustaz-ustazah,, cikgu-cikgi,, kawan sejiwa sehati,, meja kerusi kat sekolah nun... rasa cam nak peluk-peluk je bila jumpa nanti... mohoho~ rasa je la....buatnya belum tentu lagi.... lagipun aku tak sure lagi yg ustazah2 dan cikgu2 aku *perempuan sahaja* akan terima pelukan aku tu ngan ati yg gembira sekiranya aku tak dapat 10A lam exam SMU aku ari tu... Alahai~ jangan2 bukan setakat tak nak terima pelukan,, tengok muka pun tak mau... mohoho~ Nauzubillah mindzalik...

ALLAH~ malasnya nak menaip panjang2.. tu je la utk entri kali nih...tata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

p/s: SMU tu amende... tunggu entri aku yg seterusnya wokeyh?

No comments: