Welcome to ZonE RimaU RimbA

بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, December 24, 2010

CONGRATS TO ALL PMR CANDIDATES!!!

Assalamualaikum to my dearest blog,

Uish!! Serius cakap, bagus betul pencapaian pelajar Malaysia lam PMR tahun ni... ada peningkatan yg sangat mendadak naiknya... Teringat-ingat pulak akan kenanganku semasa menerima keputusan PMR tahun lepas yg  masih tersimpan kemas lam lipatan memoriku...chehhh,,chehhh~ ayat sastera gitu...

Dalam perjalanan nak jalan-jalan tengah hari tadi,, baru aku teringat ada bespren nan seorang ni bakal menerima result dia jugak... kuhantar mesej bertanyakan khabar dengan harapan menggunung dia akan baca dan balas,, sekali ada orang salah nombor balas mesej aku... Adusss!!! Hancur musnah niatku nak godek-godek rahsia berapakah A yg berjaya sang keSayanGan-ku dapat tuh? Tapi takpe,, one day nanti akan ku tahu jugak rahsianya! mohohohoho~

Biasanya selepas dapat keputusan PMR,, mesti ada pelajar yg buat keputusan nak ambik aliran sains dan pindah sekolah,kan? Waduh!! Ramai la bakal doktor yg akan menghiasi persada kepimpinan negara pada masa depan nanti...hahaha~ (aku pehal?? ayat skema tul la malam ni....) Spontan aku teringat balik ari aku dapat result tahun lepas,, sebaik je aku terima kertas nipis yg tertera ngan hensem sekali 9 bijik A ngan perkataan cemerlang menghiasi ruang kerja kursus tu,, berduyung-dugong,, eh,, berduyun-duyun kengkawan aku datang ucap tahniah kat aku... Perghh!! Kombang -kompis idung den time tuh.... Masa tu aku rasa dah tak sejuk dah perut mama aku mengandung,, tapi memang dah beku!! mohohohohho~

Pastu aku terdengar pengumuman drpd Cikgu Marzuki yg bermisai lintang lg menggerunkan tuh,,
" Pelajar yg ingin mendapatkan borang kemasukan ke sekolah yg menyediakan kelas Sains,, sila tunggu di sini utk taklimat ringkas"
Aku ngan kawan2 kamceng aku main angkat2 kening,,pastu terus blah... tak kuasa aku nak tunggu kat situ... Meskipun ada yg tanya aku,,tak nak  tunggu ke? mana taw kot2 dapat masuk... aku sengih2 je pastu tercongok kat depan pagar... borak ngan kawan2 jap pastu terus balik... Then dengan bangganya tahun selepasnya @ tahun ni,, aku jejakkan kaki aku ke kelas Akaun...ngehngehngeh~ semua orang cakap aku ni cam merugikan peluang... Siap cite kalau diorang dapat 9A,,dah lama diorang 'beram' dari sekolah lama ni and daftar kelas Sains... *tetibe je aku nak jawab,,"eyh,,result aku suka ati aku la nak masuk kelas apa!!"... tapi itu tak mungkin berlaku sebab tu opinion diorang and aku memang hormat pendapat orang...

Sampai sekarang ni,, aku tak rasa menyesal langsung sebab ambik kelas akaun instead of sains...entah la nape,,sebati ngan jiwa aku kot subjek lam kelas akaun nih...hahaha~ Ada gak yg tanya aku,,apasal taknak pindah sekolah? aku pun jual la modal aku yg paling laku sekali yakni "Mama aku tak kasi..." padahal,,memang ada sebab2 tertentu lagi spesifik kenapa aku tak pindah.... ngehngehngeh~

APASAL AKU TAK PINDAH?
  • jarak sekolah yg jauh sampai menyusahkan abah aku nak hantar dan ambik
  • yuran sekolah yg mahal
  • lam pikiran aku only,,kalau ambik sains mesti la aku kena jadi doktor...pada masa yg sama aku berpegang ngan prinsip,,"jgn buat benda yg kita tak suka terhadap orang lain."... oleh sebab aku takut ngan doktor,,apahal aku nak takutkan orang lain dengan menjadi doktor pulak? muahahaha~ sungguh tak relevan punca nih
  • ugutan ustazah tergarang di sekolah aku,,Ustazah Rahimah,,yg nak tendang budak2 yg dah pindah ngan high heels kalau diorang pindah sekolah lama balik
  • musuh aku yg ketat, terikat, padat, mampat dan sendat akan memohon ke sekolah yg sama
  • malas nak terlibat ngan aktiviti sekolah tu yg penuh time petang
  • sayang gila2 nak berpisah ngan bespren aku yg dah tiga tahun timba ilmu ngan aku
  • ada kawan2 aku yg nak tukar aliran sebab tertekan ngan subjek lam aliran sains
  • aku dah terer lam subjek sains tapi low lam maths, jadi aku nak cabar diri aku ngan mantapkan ilmu matematik aku lam kelas akaun
  • FIRST AND FOREMOST,, modal yg selalu aku guna iaitu mama aku tak bagi pindah... sebenarnya ni memang sebab utama aku tak pindah sebab kata orang tua2,, nak buat sesuatu kena ada restu ibu bapa... kalau mama aku tak restu aku ambik aliran sains,, memang takde la kejayaan yg menunggu aku lam aliran tu sebab ALLAH tak kasi berkat....ada paham??
sebenarnya nak ambik aliran mana tu terpulang kepada diri individu tu sendiri...aku di sini sekadar meluahkan rasa je... hope bebudak lepasan PMR tu akan buat keputusan terbaik demi masa depan diorang sendiri...apa-apa pun,,all the best to my junior termasuklah sang keSayanGan-ku tuh...


wokeyh la my dearest blog,,
tu je bebelan versi taip untuk ari ni...
P/S: rindu nak jadi muda balik lepas dapat tahu realiti bahawa aku akan ambik SPM next year...huhuhuhu~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...